NOBAR TV Oline, Analisis Taktikal UEFA Champions League: Bayern Munich 2-1 Atletico Madrid

Diego Simeone telah menang semua trofi yang dipertandingkan di Sepanyol sepanjang tempoh 4 tahun setengahnya bersama Atletico Madrid kecuali trofi Champions League.

Simeone hampir menjulangnya pada 2017, sebelum gol penyamaan Sergio Ramos memaksa perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan. Atletico bolos 3 gol dalam masa tambahan dan kalah 4-1 kepada Real Madrid.

Bagi Pep Guardiola pula, kekalahan ini merupakan kali keempat berturut-turut beliau tersingkir di peringkat separuh akhir UEFA Champions League. 3 daripadanya tewas kepada 3 pasukan teratas Sepanyol – Real Madrid, Barcelona dan kini Atletico.

Di akhir perlawanan Bayern mencatatkan 67% penguasaan bola, 35 percubaan dengan 12 daripadanya tepat ke sasaran. Bayern sudah mengeluarkan segala senjata dari gudang serangan mereka, tetapi Atletico nyata merupakan pakar bertahan Eropah. Saksikan pertandingan Live di Nobar TV Online NingalTV.com.

Bayern turut mempunyai satu penalti, tetapi ‘disia-siakan’ Thomas Mueller. Tetapi bagi kami, tiada apa yang canggung mengenai penalti Mueller. Beliau tak bernasib baik kerana Jan Oblak sedang berada dalam prestasi terbaiknya.

Bayern mendominasi, Atletico menyerang balas

Seperti yang dijangka, Bayern menguasai majoriti perlawanan – sehinggalah pada minit 55′ apabila Antoine Griezmann menjaringkan away goal untuk Atletico.

Pelan permainan Bayern nyata lebih ofensif berbanding semasa separuh akhir pertama di Vincente Calderon.

Bayern menyerang dengan pelbagai cara – hantaran lintang, hantaran jauh Boateng, kombinasi permainan dari sayap kanan, rembatan jauh dari Arturo Vidal dan David Alaba, hantaran pendek dan counter-pressing.

Atletico pula lebih defensif (seperti yang dijangka ramai orang). Kompak dan padat di tengah dan bertahan dengan low block (defensive line yang rendah), pelan serangan Atletico hanyalah satu – serangan balas yang pantas.

Dan itulah cara mereka memperolehi away goal yang berharga dan sepakan penalti yang disia-siakan Fernando Torres.

Bayern menyerang di kanan

Pep Guardiola tahu bahawa bentuk Atletico yang kompak dan padat di tengah tidak akan membolehkan pemainnya menyerang dan merancang serangan dari tengah.

Guardiola tiada pilihan lain selain menyerang dari kawasan sayap. Persoalannya bagaimana nak membuatkan serangan sayapnya menjadi berbahaya?

Pada separuh akhir pertama Guardiola menggugurkan Thomas Mueller untuk menggunakan pemain berkaki kanan (Kingsley Coman) di sayap kanan dan pemain berkaki kiri (Douglas Costa) di sayap kiri.

Tujuannya adalah untuk mengkucar-kacirkan (to stretch) struktur pertahanan Atletico melalui switch of play yang berterusan. 90 minit tanpa variasi strategi menjadikan serangan Bayern mudah dibaca.

Tetapi kali ini pada separuh akhir kedua, Bayern nampak seperti sengaja mahu mengeksploit satu kawasan sayap sahaja – iaitu kanan.

Di sayap kanan, Lahm lebih banyak bertindak sebagai pemain sayap daripada bek kanan. Ini membolehkan Costa dan Mueller bermain lebih kawasan half space sebelah kanan.

Ini bermakna, setiap kali Lahm mempunyai bola di sayap kanan, beliau mempunyai 4 passing options – Costa, Mueller, Vidal dan Javi Martinez.

Dengan kehadiran Lahm, Costa, Mueller dan Vidal, situasi 4v3 dan 4v2 kerap berlaku di kawasan Felipe Luis bertahan).

Bayern berbalik kepada strategi di Vincente Calderon

Terikat 1-1 dan memerlukan 2 gol, Guardiola sedar Bayern perlu menyerang dengan lebih direct. Respons beliau adalah dengan mengeluarkan Costa dan memasukkan Kingsley Coman.

Kemasukan Coman bermakna Guardiola kembali menggunakan strategi sama yang digunakannya ketika di Vincente Calderon iaitu – mengkucar-kacirkan (to stretch) struktur pertahanan Atletico melalui switch of play yang berterusan.

Berpunca daripada switch of play ke sayap kiri yang dilakukan oleh Alonso, ia membuatkan larian Vidal dari tengah ke kotak penalti Atletico tidak diikuti oleh sesiapa.

Hasil hantaran lintang yang baik dari Alaba, Vidal berjaya menewaskan Felipe Luis di udara untuk melakukan assist kepada gol Lewandowski.

Kesimpulan

Kredit juga perlu diberikan kepada Atletico kerana berjaya menghadkan jumlah gol yang mungkin dapat dijaringkan oleh Bayern jika kita melihat jumlah percubaan yang mereka lakukan.

Strategi taktikal Diego Simeone mungkin ringkas. Tetapi sangat efektif bagi pemain-pemainnya.

Pemai-pemain Atletico yang membina Diego’s Wall hanya mempunyai satu halangan saja lagi di final sebelum dapat menjulang trofi Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Real Madrid atau Manchester City – Diego’s Wall sentiasa bersedia membuatkan jentera serangan mereka hampa.

Baca juga:4 Isu Taktikal Yang Perlu Diselesaikan Bayern Munich Untuk Menewaskan Atletico Madrid

The post Analisis Taktikal UEFA Champions League 2016/2017: Bayern Munich 2-1 Atletico Madrid appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *